Sejarah Ringkas
Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan sepenuhnya oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan satu memorial penting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat negeri Perak. Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga merupakan sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan.
Episod sejarah penentangan dan perjuangan anak watan negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya dipamerkan dalam bentuk diorama di Terowong Sejarah.
| Bahan Sejarah |
MONUMEN-MONUMEN DAN PRASARANA DI KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK |
- Rumah Kutai I dan II
- Tugu Peringatan Birch
- Tugu Peringatan Pahlawan Perak
- Tugu Lela Rentaka
- Tapak Birch dibunuh
- Terowong Sejarah
- Galeri Keris
- Galeri Sejarah Menteri-Menteri Besar Perak
- Pentas Belatoh
- Dewan Serbaguna
- Menara Pandang
- Jam Suria
- dan beberapa kemudahan asas untuk pelawat
|
Bahan- Bahan Pameran Di Rumah Kutai I Dan II Kompleks Sejarah Pasir Salak |
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. | Salinan dokumen berkaitan peristiwa Pasir Salak Senjata (golok, pedang, lembing, parang, replika senapang dll. Alat pengangkutan air (Perahu Sagor, Sampan Perak) Parabot Rumah Alat-alat tembaga Pakaian Peralatan pertanian Tekatan Alat bunyian Manuskrip Model bangunan (Tandas rakit, Balai Gambang)
Galeri Keris Terowong Sejarah turut menempatkan Galeri Keris yang mempamerkan koleksi keris dari Kepulauan Melayu Nusantara. Galeri ini diwujudkan untuk memberi kefahaman memberi kefahaman yang jelas mengenai sejarah dan identiti keris. Disamping itu ia juga bertujuan memperlihatkan keindahan dan keunikan ragam hias serta seni reka keris dalam rumpun Melayu. Jenis-Jenis Keris di Galeri Keris Kompleks Sejarah Pasir Salak. | - Keris Yogyakarta
- Keris Sumatera
- Keris Riau / Jambi
- Keris Palembang
- Keris Bangkinang
- Keris Kecil
- Keris Solo
- Keris Jawa
- Keris Madura Keris Bali
- Keris Majapahit
- Keris Kojang
- Keris Berayat
- Keris Putut Kembar
- Keris Picit (Sombro)
- Keris Pekaka
- Keris Anak Ilaang
- Keris Pemengkang Jagat
|
Galeri Sejarah Menteri-Menteri Besar Perak Galeri Sejarah Menteri-Menteri Besar Perak ditempatkan di sebuah bangunan dua tingkat yang dibina dengan rekabentuk bercirikan rumah melayu Perak - Bumbung Lima. Galeri ini mempamerkan koleksi gambar-gambar dan cenderahati yang diterima semasa memegang jawatan Menteri Besar serta riwayat hidup pemimpin tersebut yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada negeri Perak. Menteri Besar-Menteri Besar Perak | 1. Y.A.B. Dato' Haji Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz | (Orang Kaya-Kaya Dato' Panglima Bukit Gantang) Dari 1 Februari 1948 Hingga 31 Julai 1957 | | | 2. Y.A.B. Tan Sri Haji Mohd Ghazali Bin Haji Jawi | Dari 1 Ogos 1957 Hingga 15 April 1960 Dan Bersambung Semula Dari 4 September 1974 Sehingga 30 September 1977 | | | 3. Y.A.B. Dato' Kurnia Jaya Haji Shaari Bin Haji Shafie | Dari 16 April 1960 Hingga 6 Mei 1964 | | | 4. Y.A.B. Dato' Seri Ahmad Bin Said. | Dari 7 Mei 1964 Hingga 6 Mei 1970 | | 4. Y.A.B. Dato' Seri Haji Kamaruddin bin Haji Mohd. Isa | Dari 18 Mac 1970 Hingga 3 Ogos 1974 | | | 5. Y.A.B. Dato' Seri Haji Wan Mohamed Bin Haji Wan Teh | Dari 1 Oktober 1977 Hingga 28 Februari 1983 | | | 6. Y.A.B. Tan Sri Dato Seri Diraja Haji Ramli Bin Ngah Talib. (Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja | Dari 1 Mac 1983 Hingga 2 Disember 1999 | | | 7. Y.A.B. Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli Bin Tan Sri Mohd. Ghazali | Dari 3 September 1999 Hingga 8 Mac 2008 | | 8. Y.A.B. Dato Seri Ir. Mohamad Nizar Bin Jamaluddin | Dari 9 Mac 2008 Hingga sekarang... | |
Antara dioramayang terdapat di Kompleks Sejarah Pasir Salak
Kandungan episod diorama-diorama adalah seperti berikut: -
Diorama 1 hingga 6 Sejarah Awal -
Diorama 7 hingga 9 Kesultanan Perak -
Diorama 10 hingga 11 Campurtangan British dalam Negeri-Negeri Melayu -
Diorama 12 hingga 21 Perjuangan Menentang Penjajah -
Diorama 22 Pendudukan Jepun -
Diorama 23 hingga 27 Menuju Kemerdekaan -
Diorama 28 Merdeka -
Diorama 29 Kejayaan dan Pembangunan -
Diorama 30 hingga 42 Patriotisma dan Nasionalisma.
|
No comments:
Post a Comment