| |||
Raja Azlan Shah memperlihatkan sifat kesungguhan dan ketekunan yang tinggi dalam usaha menguasai ilmu pengetahuan. Baginda memulakan alam persekolahan bermula dari Sekolah Melayu Batu Gajah, disusuli di Sekolah Inggeris Batu Gajah hingga memperoleh 'School Certificate' dengan keputusan cemerlang. Baginda seterusnya meneruskan persekolahan ke Tingkatan Enam di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Baginda sentiasa memperlihatkan bakat kepimpinan yang tinggi sehingga dilantik menjadi ketua murid di Sekolah Inggeris Batu Gajah dalam tahun 1948. Baginda juga seorang yang aktif dalam sukan olahraga, kriket, bola sepak dan terutamanya hoki. Raja Azlan Shah telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Nottingham dalam tahun 1953 dan setahun kemudian diterima sebagai 'Barriter-at-Law' di Lincoln Inn United Kingdom pada 23 November 1954. Sekembali ke tanah air, Baginda dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Baginda memulakan perkhidmatan dalam perkhidmatan perundangan sebagai seorang mejistret. Pada 7 November 1982, Baginda dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Baginda turut memainkan peranan aktif dalam dunia pendidikan negara. Baginda telah diberikan penghormatan menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Pelajaran Tinggi dalam tahun 1974, menjadi Canselor Universiti Sains Malaysia dalam tahun 1971 hingga ke 1984. Baginda pernah berperanan sebagai pemeriksa luar bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya. Pada hari ini Baginda adalah Canselor Universiti Malaya. Baginda adalah seorang pemimpin sukan berkaliber, memimpin Persekutuan Hoki Malaysia, sebagai Timbalan Presiden kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dan dilantik sebagai Presiden pada tahun 1981. Baginda juga adalah Presiden Persekutuan Hoki Asia dan Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa. Sultan Azlan Shah telah dikurniakan anugerah akademik oleh beberapa universiti dan bintang kehormat dari dalam dan luar negara. Galeri ini adalah satu pendekatan terbaik untuk merakam laluan peristiwa yang telah Duli Tuanku cipta dan ukir supaya dapat diikuti dan dihayati oleh rakyat jelata. Galeri ini bukan sahaja dapat berfungsi sebagai sumber rujukan malah membolehkan rakyat mengenali secara mendalam seorang Raja yang berdaulat lagi dikasihi. Galeri ini dibina dengan menekankan konsep seperti berikut:-
Galeri ini dibangunkan dengan menekankan elemen-elemen seperti berikut:-
|
Bahan-bahan pameran di Galeri Sultan Azlan Shah dibahagikan mengikut ruang-ruang pameran tertentu seperti:
Pertalian / Salasilah DiRaja | |
DYMM bersama keluarga | |
DYMM sebagai tokoh perundangan | |
Istiadat pertabalan DYMM sebagai Sultan Perak Ke-34 | |
DYMM sebagai SPB Yang Dipetuan Agong Ke-9 | |
DYMM sebagai tokoh sukan (Hoki) | |
Sukan-sukan lain | |
Koleksi peribadi DYMM Tungku Permaisuri Bainun | |
Koleksi Cenderamata | |
DYMM semasa zaman remaja / persekolahan | |
Koleksi Keris | |
Anugerah-anugerah Kehormat Pendidikan | |
Koleksi kereta DYMM |
No comments:
Post a Comment