Wednesday, April 21, 2010

KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH,SUNGKAI.


Kolam air panas dibangunkan sebagai taman rekreasi bertaraf dunia. Dikelilingi pemandangan bukit bukau, ia memanfaatkan sepenuhnya sumber alam iaitu aliran air panas dari perut bumi dan air sejuk dari banjaran gunung berdekatan meneroka aliran air panas dengan melalui laluan pejalan kaki. Di beberapa wakaf yang dibina betul-betul di aliran air panas ini, suasana sauna semula jadi mula dirasai.

Sambil itu, mata tidak lepas memandang tanaman herba dan pokok buah-buahan tempatan yang dilabelkan seperti tongkat ali, kedondong, lengkuas dan dukung anak. Di antaranya, raja buah iaitu durian turut ditanam selain kebun kelapa sawit asal yang masih dikekalkan.

Kolam air panas utama dibangunkan sebagai lembah sungai dikelilingi taman dan pancuran air buatan manusia. Selain kolam utama, ada beberapa kolam khusus untuk rawatan terapeutik. Suhu dikawal antara 30 hingga 43 darjah celcius.

Ada beberapa kolam dilengkapi papan tanda memberi amaran suhu panas antara 100 dan 102 darjah celcius. Pengunjung perlu berhati-hati kerana ia adalah punca air panas. Untuk mereka yang mahukan privasi, boleh menggunakan lima jakuzi panas dengan kadar sewa antara RM25 dan RM50 sejam.

Perkhidmatan mengurut disediakan pada hujung minggu dan cuti umum dengan bayaran antara RM20 dan RM45.

Perkampungan Orang Asli , di Batang Padang


Daerah Batang Padang meliputi beberapa kawasan petempatan masyarakat Orang Asli. Dalam erti kata yang sebenar, 'Orang Asli' bermaksud orang yang mula-mula menetap dan dapat membuktikan sejarah petempatan awal di kawasan tersebut. Para pengunjung akan menemui sebilangan daripada kampung-kampung ini di sekitar kawasan air terjun Lata Iskandar dan Kuala Woh. Sumber utama pendapatan mereka adalah daripada hasil penjualan kraftangan tradisional, buah-buahan tempatan seperti durian dan pelbagai jenis hasil hutan yang lain termasuk petai.Ukiran kayu yang diukir oleh masyarakat Orang Asli boleh dijadikan cenderamata yang menarik untuk perhiasan di rumah. Untuk kemudahan para pengunjung yang berkunjung ke lokasi ini sebuah kantin, tandas awam serta bilik persalinan dan enam buah petak karavan dan tempat perkhemahan ada disediakan.

Keris Memorial di Kuala Kangsar



Monumen ini dalam bentuk keris, pisau tajam berbilah Malaysia, ditubuhkan pada tahun 1963 untuk memperingati pemasangan ke-33 Sultan Perak, Sultan Idris Shah. Hal ini terletak pada sebuah bukit dekat rumah peranginan di Kuala Kangsar kerajaan.

Pentingnya keris dalam kehidupan masyarakat Malaysia awal mahupun yang dari royalti adalah nyata, bahkan hari ini, dan dapat dilihat sebagai sebahagian penting dari pakaian dan tanda-tanda kebesaran dari Sultan hari ini, terutama selama persembahan dan upacara di Royal Court.

Sunday, April 18, 2010

Istana Iskandariah di Kuala kangsar






Istana Iskandariah terletak di atas Bukit Chandan, di tepi kanan Sungai Perak , bersebelahan dengan Kampung Padang Kawad, bandar diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak tahun 1933 dahulu. Nama istana ini sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya dahulu.

Tapak asalnya merupakan tapak Istana Negara yang dirobohkan pada 1933. Senibina istana ini mengambil corak senibina Islam-India 'Saracenic' dengan campuran senibina Asia Barat. Motif pada gerbang tajam ( pointed arch) , hiasan minaret, kubah berbentuk bawang ( onion shaped domes). Ia adalah hasil ilham , pengalaman dan perjalanan arkitek dan jurutera British di Tanah Melayu. Senibina sedemikian terpancar juga pada Masjid Ubudiah, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ciri-ciri

Istana ini luasnya 112.320 kali persegi. Bangunannya berbentuk bujur segi empat ( bujur sangkar). Depannya menghala arah matahari naik dan pemandangan terus ke arah Sungai Perak. Selain kubah utama, ada lagi 4 kubah berbentuk bawang yang lebih kecil.

Istana ini mengandungi dua tingkat bangunan termasuk lantai bawah ( ground floor) dan satu tingkat lagi terletaknya minaret kecil yang dipanggil Roof Lounge.

Di lantai bawah terdapat Bilik Mengadap , Bilik Jamuan Negeri , Bilik Lukisan, Bilik Biliard, Bilik Pejabat Juruiring (ADC) , Bilik Persalinan Perempuan ( Cloak Room) , Bilik Makam dan bilik-bilik kecil dengan pelbagai fungsi tersendiri.

Juga terdapat Dewan Negara dan Dewan Muzik dan ruang mainan. Selain itu terdapat Balai Nobat, Balai Rong Seri dan Singgahsana.

Acara penting

Di sinilah Sultan-Sultan Perak ditabalkan sejak 1933 . Acara terbaru ialah Perkahwinan Diraja Raja Dr Nazrin Shah pada 17 , 18 dan 19 Mei 2007 .

Rujukan

  • Ulang tahun Ke 40 Perkahwinan Diraja dan Jubli Emas Istana Iskandariah, 1983.


Sunday, April 11, 2010

# Menara Condong , di Teluk Intan


Menara Condong Teluk Intan


Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.

LOKASI:

Menara Jam ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

ANGGARAN KOS:

Tidak diketahui.

TAHUN DIBINA:

1892

ARKITEK:

Tidak diketahui tetapi mengikut rekod “A Hundred Years Of Ceylonese In Malaysia and Singapore” (1867-1967), Mr. S. Sabapathy (Asst. Engineer), P.W.D. Teluk Intan, membantu dalam pembinaan ini.

SENARAI PENDERMA:

  • Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong dan kontraktor Ceylon telah membina dan penderma utama.

  • Dermaan daripada penduduk tempatan untuk membeli Jam Berkunci dari London buatan Firma J.W. Benson – Ludgatehill London.

TUJUAN DIBINA:

Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Jam Condong yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya seperti berikut:

  • Sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran.

  • Sebagai tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau

  • Memperingati jasa pentadbir (Pentadbir British)

  • Sebagai penentu waktu “Time Keeper” dan mercu tanda bandar Teluk Intan.

SEJARAH PEMILIKAN:

Walaupun kontraktor Leong Choon Cheong berusaha membina menara jam ini dahulu, namun tidak dapat dinafikan bahawa pihak British adalah pemilik dan pentadbir ketika itu. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, menara jam ini secara automatis menjadi milik negara dan kini ia dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan pula oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan musuh.

SEJARAH PENGGUNAAN / PENYEWAAN:

  1. 1940 - Pejabat Pengakap di tingkat 2.
  2. 1977 hingga 1992 - Pejabat Cawangan Perancang Keluarga (National Family Planning Board)

DISKRIPSI GAYAPURA:

Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah “Pagoda”. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.

Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah bangunan 8 (Lapan) tingkat; sebenarnya hanya terdapat 3 (Tiga) tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu; terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 (Enam) kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2 (Dua) kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi kegunaannya sebagai tangki air ditingkat 3 (Tiga) yang diperbuat dari kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.

FAKTOR KECONDONGAN:

Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.

Thursday, April 8, 2010

Muzium Beruas








Sejarah Ringkas

Pusat kerajaan yang paling awal diketahui di negeri Perak ini terletak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (Manjung hari ini). Kerajaan awal ini dikenali sebagai Gangga Negara. Terdapat berbagai versi tradisi lisan tentang asal-usul kerajaan ini. Ada tradisi lisan yang menyebut bahawa pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Ada juga cerita yang menyatakan bahawa kerajaan tersebut telah dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja. Walau bagaimanapun, berdasarkan penemuan arca-arca Buddha, menunjukkan di abad ke- 5 dan ke-6 M wujud Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara telah berpusat di Beruas.

Ada juga berpendapat menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjung) di kawasan Selatan Gunung Bubu, arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak terutamanya di Beruas.

Di Beruas beberapa penemuan artifak yang ada hubungan dan kaitan dengan peninggalan kerajaan tua itu telah ditemui sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bahan Pameran


Sebanyak 300 artifak sejarah zaman Kerajaan Gangga Negara dan Raja Beruas ditemui hasil daripada penelitian dan carigali sejarah tahun 1991 dimana hanya 157 artifak sahaja dipamerkan di Muzium Beruas.

Sejarah Bangunan


Pada 25 November hingga 25 Disember 1991, satu projek penelitian sejarah Beruas telah dijalankan dan diusahakan oleh sekumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasil dari projek penelitian ini beberapa artifak-artifak sejarah telah ditemui dan disimpan oleh Muzium Negara. Pihak Jabatan Muzium merasakan hasil penemuan tersebut perlu ditempatkan di sebuah Muzium sementara kajian-kajian seterusnya dibuat dari semasa ke semasa.

Hasil dari cadangan tersebut Muzium Beruas ditubuhkan di Bangunan Mahkamah lama (sebelumnya Pejabat KEMAS kawasan Beruas). Kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini yang dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-6 dan siap dijalankan pada awal tahun 1995.

Pada 23 Mei 1995, Muzium Beruas dengan rasminya diserahkan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Muzium Beruas telah dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Ke-6 Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli Bin Ngah Talib ketika itu dan dibuka kepada orang ramai pada Julai 1995.


Kompleks Sejarah Pasir Salak Di Ipoh~









Sejarah Ringkas
Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan sepenuhnya oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan satu memorial penting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat negeri Perak.

Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga merupakan sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan.

Episod sejarah penentangan dan perjuangan anak watan negeri Perak khususnya dan hubungkaitnya dengan perkembangan sejarah Malaysia amnya dipamerkan dalam bentuk diorama di Terowong Sejarah.

Bahan Sejarah

MONUMEN-MONUMEN DAN PRASARANA DI KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK
  • Rumah Kutai I dan II
  • Tugu Peringatan Birch
  • Tugu Peringatan Pahlawan Perak
  • Tugu Lela Rentaka
  • Tapak Birch dibunuh
  • Terowong Sejarah
  • Galeri Keris
  • Galeri Sejarah Menteri-Menteri Besar Perak
  • Pentas Belatoh
  • Dewan Serbaguna
  • Menara Pandang
  • Jam Suria
  • dan beberapa kemudahan asas untuk pelawat

Bahan- Bahan Pameran Di Rumah Kutai I Dan II Kompleks Sejarah Pasir Salak

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Salinan dokumen berkaitan peristiwa Pasir Salak
Senjata (golok, pedang, lembing, parang, replika senapang dll.
Alat pengangkutan air (Perahu Sagor, Sampan Perak)
Parabot Rumah
Alat-alat tembaga
Pakaian
Peralatan pertanian
Tekatan
Alat bunyian
Manuskrip

Model bangunan (Tandas rakit, Balai Gambang)


Galeri Keris

Terowong Sejarah turut menempatkan Galeri Keris yang mempamerkan koleksi keris dari Kepulauan Melayu Nusantara. Galeri ini diwujudkan untuk memberi kefahaman memberi kefahaman yang jelas mengenai sejarah dan identiti keris. Disamping itu ia juga bertujuan memperlihatkan keindahan dan keunikan ragam hias serta seni reka keris dalam rumpun Melayu.


Jenis-Jenis Keris di Galeri Keris Kompleks Sejarah Pasir Salak.
  • Keris Yogyakarta
  • Keris Sumatera
  • Keris Riau / Jambi
  • Keris Palembang
  • Keris Bangkinang
  • Keris Kecil
  • Keris Solo
  • Keris Jawa
  • Keris Madura Keris Bali
  • Keris Majapahit
  • Keris Kojang
  • Keris Berayat
  • Keris Putut Kembar
  • Keris Picit (Sombro)
  • Keris Pekaka
  • Keris Anak Ilaang
  • Keris Pemengkang Jagat

Galeri Sejarah Menteri-Menteri Besar Perak

Galeri Sejarah Menteri-Menteri Besar Perak ditempatkan di sebuah bangunan dua tingkat yang dibina dengan rekabentuk bercirikan rumah melayu Perak - Bumbung Lima. Galeri ini mempamerkan koleksi gambar-gambar dan cenderahati yang diterima semasa memegang jawatan Menteri Besar serta riwayat hidup pemimpin tersebut yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada negeri Perak.


Menteri Besar-Menteri Besar Perak

1. Y.A.B. Dato' Haji Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz
(Orang Kaya-Kaya Dato' Panglima Bukit Gantang)
Dari 1 Februari 1948 Hingga 31 Julai 1957
2. Y.A.B. Tan Sri Haji Mohd Ghazali Bin Haji Jawi
Dari 1 Ogos 1957 Hingga 15 April 1960 Dan Bersambung Semula Dari 4 September 1974 Sehingga 30 September 1977
3. Y.A.B. Dato' Kurnia Jaya Haji Shaari Bin Haji Shafie
Dari 16 April 1960 Hingga 6 Mei 1964
4. Y.A.B. Dato' Seri Ahmad Bin Said.
Dari 7 Mei 1964 Hingga 6 Mei 1970
4. Y.A.B. Dato' Seri Haji Kamaruddin bin Haji Mohd. Isa
Dari 18 Mac 1970 Hingga 3 Ogos 1974
5. Y.A.B. Dato' Seri Haji Wan Mohamed Bin Haji Wan Teh
Dari 1 Oktober 1977 Hingga 28 Februari 1983
6. Y.A.B. Tan Sri Dato Seri Diraja Haji Ramli Bin Ngah Talib.
(Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja
Dari 1 Mac 1983 Hingga 2 Disember 1999
7. Y.A.B. Dato Seri Diraja Mohammad Tajol Rosli Bin Tan Sri Mohd. Ghazali
Dari 3 September 1999 Hingga 8 Mac 2008
8. Y.A.B. Dato Seri Ir. Mohamad Nizar Bin Jamaluddin
Dari 9 Mac 2008 Hingga sekarang...

Antara dioramayang terdapat di Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kandungan episod diorama-diorama adalah seperti berikut:
  • Diorama 1 hingga 6 Sejarah Awal
  • Diorama 7 hingga 9 Kesultanan Perak
  • Diorama 10 hingga 11 Campurtangan British dalam Negeri-Negeri Melayu
  • Diorama 12 hingga 21 Perjuangan Menentang Penjajah
  • Diorama 22 Pendudukan Jepun
  • Diorama 23 hingga 27 Menuju Kemerdekaan
  • Diorama 28 Merdeka
  • Diorama 29 Kejayaan dan Pembangunan
  • Diorama 30 hingga 42 Patriotisma dan Nasionalisma.


Muzium DiRaja Kuala Kangsar























Sejarah Ringkas

Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926 oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.

Muzium DiRaja Kuala Kangsar dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah ) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ianya dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.


Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis belian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ianya dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional.

Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ianya mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.

Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.

Pada tahun 1986, ianya dijadikan Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.


Bahan Pameran


Bahan-bahan pameran yang dipamerkan di Muzium DiRaja Kuala Kangsar terdiri daripada perkara-perkara seperti di bawah:-

  • Sejarah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan
  • Pertalian DiRaja
  • Pemilihan Sultan Perak Dan Fungsinya
  • Sistem Pemerintahan Kesultanan Perak
  • Alat-Alat Kebesaran DiRaja ( Regalia )
  • Nobat
  • Orang-Orang Besar Dan Fungsinya
  • Riwayat Hidup Sultan-Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
  • Pingat Kebesaran
  • Istiadat DiRaja
  • Pertabalan D.Y.M.M. Sultan Azlan Muhibbudin Shah Dan Tuanku Permaisuri Bainun
  • Riwayat Hidup, Aktiviti, Dan Sukan Hoki D.Y.M.M. Sultan Azlan Muhibbudin Shah
  • Bandar DiRaja Kuala Kangsar
  • Zaman Pemerintahan Kesultanan Sebelum Dan Selepas Kedatangan Islam

Galeri Sultan Azlan Shah (GSAS) di Kuala Kangsar



































































Galeri Sultan Azlan Shah sebuah Galeri yang indah dan menarik senibinanya. Galeri ini berasal dari sebuah istana yang dikenali sebagai Istana Ulu. Galeri ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 9 Disember 2003 sempena ulang tahun Perkahwinan Baginda yang ke-48.

Raja Azlan Shah memperlihatkan sifat kesungguhan dan ketekunan yang tinggi dalam usaha menguasai ilmu pengetahuan. Baginda memulakan alam persekolahan bermula dari Sekolah Melayu Batu Gajah, disusuli di Sekolah Inggeris Batu Gajah hingga memperoleh 'School Certificate' dengan keputusan cemerlang. Baginda seterusnya meneruskan persekolahan ke Tingkatan Enam di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Baginda sentiasa memperlihatkan bakat kepimpinan yang tinggi sehingga dilantik menjadi ketua murid di Sekolah Inggeris Batu Gajah dalam tahun 1948. Baginda juga seorang yang aktif dalam sukan olahraga, kriket, bola sepak dan terutamanya hoki.

Raja Azlan Shah telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Nottingham dalam tahun 1953 dan setahun kemudian diterima sebagai 'Barriter-at-Law' di Lincoln Inn United Kingdom pada 23 November 1954.

Sekembali ke tanah air, Baginda dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Baginda memulakan perkhidmatan dalam perkhidmatan perundangan sebagai seorang mejistret. Pada 7 November 1982, Baginda dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Baginda turut memainkan peranan aktif dalam dunia pendidikan negara. Baginda telah diberikan penghormatan menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Pelajaran Tinggi dalam tahun 1974, menjadi Canselor Universiti Sains Malaysia dalam tahun 1971 hingga ke 1984. Baginda pernah berperanan sebagai pemeriksa luar bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya. Pada hari ini Baginda adalah Canselor Universiti Malaya.

Baginda adalah seorang pemimpin sukan berkaliber, memimpin Persekutuan Hoki Malaysia, sebagai Timbalan Presiden kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dan dilantik sebagai Presiden pada tahun 1981. Baginda juga adalah Presiden Persekutuan Hoki Asia dan Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.

Sultan Azlan Shah telah dikurniakan anugerah akademik oleh beberapa universiti dan bintang kehormat dari dalam dan luar negara.

Galeri ini adalah satu pendekatan terbaik untuk merakam laluan peristiwa yang telah Duli Tuanku cipta dan ukir supaya dapat diikuti dan dihayati oleh rakyat jelata. Galeri ini bukan sahaja dapat berfungsi sebagai sumber rujukan malah membolehkan rakyat mengenali secara mendalam seorang Raja yang berdaulat lagi dikasihi.

Galeri ini dibina dengan menekankan konsep seperti berikut:-

i Berfungsi sebagai pusat rujukan dan penyelidikan terutamanya dalam bidang perundangan
ii Galeri ini dibangunkan sebagai khazanah warisan yang unik dan menarik sepanjang zaman
iii Galeri ini diuruskan pentadbirannya mengikut pentadbiran galeri terkini, interaktif, dinamik dan mesra rakyat.

Galeri ini dibangunkan dengan menekankan elemen-elemen seperti berikut:-

i Pemuliharaan bangunan Istana Ulu untuk mengekalkan keunikan senibina sedia ada
ii Menaiktaraf bangunan sedia ada supaya mempunyai facade yang selari dengan bangunan Istana Ulu
iii Pembangunan seni taman yang membantu untuk mempertabatkan keunikan senibina
iv Pembangunan koleksi yang dipamerkan melibatkan kerja-kerja inventori dan pemuliharaan
v Rekabentuk hiasan dalaman yang melambangkan kegemilangan Istana Ulu dan setaraf dengan Istana yang sedia ada
vi Perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut bagi menentukan Galeri Diraja ini diurus dengan baik dan sempurna:-


- Sistem pencahayaan, elektrik dan sistem penggera
- Sistem hawa dingin dan kawalan kelembapan
- Sistem alat pandang dengar
- Sistem keselamatan bangunan
- Pintu masuk dan pagar
- Tempat letak kereta dan bas







Bahan-bahan pameran di Galeri Sultan Azlan Shah dibahagikan mengikut ruang-ruang pameran tertentu seperti:
Pertalian / Salasilah DiRaja
DYMM bersama keluarga
DYMM sebagai tokoh perundangan
Istiadat pertabalan DYMM sebagai Sultan Perak Ke-34
DYMM sebagai SPB Yang Dipetuan Agong Ke-9
DYMM sebagai tokoh sukan (Hoki)
Sukan-sukan lain
Koleksi peribadi DYMM Tungku Permaisuri Bainun
Koleksi Cenderamata
DYMM semasa zaman remaja / persekolahan
Koleksi Keris
Anugerah-anugerah Kehormat Pendidikan
Koleksi kereta DYMM