Thursday, May 20, 2010

Taiping

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Hakka. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2000, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 199,330 orang

Lokasi

Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur.

Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu Kurau dan Kamunting.

Muka bumi

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama

.Gua Tempurung

.Gua Tempurung

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.


http://bits.wikimedia.org/skins-1.5/common/images/magnify-clip.png

Gua Tempurung di Gopeng, Perak

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Dipertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Memandangkan gua ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri Perak telah memelihara dan memulihara kawasan gua ini supaya lebih menarik dan mesra pelancong. Gua gua kini dilengkapi lampu , tangga dan titi serta kemudahan awam lain turut disediakan. Bagi mereka yang suka aktiviti lasak, acara meredah sungai dalam gua turut diadakan.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia. Gua ini menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuh raya Utara Selatan ataupun jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS, masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng , belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.



Wednesday, April 21, 2010

KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH,SUNGKAI.


Kolam air panas dibangunkan sebagai taman rekreasi bertaraf dunia. Dikelilingi pemandangan bukit bukau, ia memanfaatkan sepenuhnya sumber alam iaitu aliran air panas dari perut bumi dan air sejuk dari banjaran gunung berdekatan meneroka aliran air panas dengan melalui laluan pejalan kaki. Di beberapa wakaf yang dibina betul-betul di aliran air panas ini, suasana sauna semula jadi mula dirasai.

Sambil itu, mata tidak lepas memandang tanaman herba dan pokok buah-buahan tempatan yang dilabelkan seperti tongkat ali, kedondong, lengkuas dan dukung anak. Di antaranya, raja buah iaitu durian turut ditanam selain kebun kelapa sawit asal yang masih dikekalkan.

Kolam air panas utama dibangunkan sebagai lembah sungai dikelilingi taman dan pancuran air buatan manusia. Selain kolam utama, ada beberapa kolam khusus untuk rawatan terapeutik. Suhu dikawal antara 30 hingga 43 darjah celcius.

Ada beberapa kolam dilengkapi papan tanda memberi amaran suhu panas antara 100 dan 102 darjah celcius. Pengunjung perlu berhati-hati kerana ia adalah punca air panas. Untuk mereka yang mahukan privasi, boleh menggunakan lima jakuzi panas dengan kadar sewa antara RM25 dan RM50 sejam.

Perkhidmatan mengurut disediakan pada hujung minggu dan cuti umum dengan bayaran antara RM20 dan RM45.

Perkampungan Orang Asli , di Batang Padang


Daerah Batang Padang meliputi beberapa kawasan petempatan masyarakat Orang Asli. Dalam erti kata yang sebenar, 'Orang Asli' bermaksud orang yang mula-mula menetap dan dapat membuktikan sejarah petempatan awal di kawasan tersebut. Para pengunjung akan menemui sebilangan daripada kampung-kampung ini di sekitar kawasan air terjun Lata Iskandar dan Kuala Woh. Sumber utama pendapatan mereka adalah daripada hasil penjualan kraftangan tradisional, buah-buahan tempatan seperti durian dan pelbagai jenis hasil hutan yang lain termasuk petai.Ukiran kayu yang diukir oleh masyarakat Orang Asli boleh dijadikan cenderamata yang menarik untuk perhiasan di rumah. Untuk kemudahan para pengunjung yang berkunjung ke lokasi ini sebuah kantin, tandas awam serta bilik persalinan dan enam buah petak karavan dan tempat perkhemahan ada disediakan.

Keris Memorial di Kuala Kangsar



Monumen ini dalam bentuk keris, pisau tajam berbilah Malaysia, ditubuhkan pada tahun 1963 untuk memperingati pemasangan ke-33 Sultan Perak, Sultan Idris Shah. Hal ini terletak pada sebuah bukit dekat rumah peranginan di Kuala Kangsar kerajaan.

Pentingnya keris dalam kehidupan masyarakat Malaysia awal mahupun yang dari royalti adalah nyata, bahkan hari ini, dan dapat dilihat sebagai sebahagian penting dari pakaian dan tanda-tanda kebesaran dari Sultan hari ini, terutama selama persembahan dan upacara di Royal Court.

Sunday, April 18, 2010

Istana Iskandariah di Kuala kangsar






Istana Iskandariah terletak di atas Bukit Chandan, di tepi kanan Sungai Perak , bersebelahan dengan Kampung Padang Kawad, bandar diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak tahun 1933 dahulu. Nama istana ini sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya dahulu.

Tapak asalnya merupakan tapak Istana Negara yang dirobohkan pada 1933. Senibina istana ini mengambil corak senibina Islam-India 'Saracenic' dengan campuran senibina Asia Barat. Motif pada gerbang tajam ( pointed arch) , hiasan minaret, kubah berbentuk bawang ( onion shaped domes). Ia adalah hasil ilham , pengalaman dan perjalanan arkitek dan jurutera British di Tanah Melayu. Senibina sedemikian terpancar juga pada Masjid Ubudiah, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ciri-ciri

Istana ini luasnya 112.320 kali persegi. Bangunannya berbentuk bujur segi empat ( bujur sangkar). Depannya menghala arah matahari naik dan pemandangan terus ke arah Sungai Perak. Selain kubah utama, ada lagi 4 kubah berbentuk bawang yang lebih kecil.

Istana ini mengandungi dua tingkat bangunan termasuk lantai bawah ( ground floor) dan satu tingkat lagi terletaknya minaret kecil yang dipanggil Roof Lounge.

Di lantai bawah terdapat Bilik Mengadap , Bilik Jamuan Negeri , Bilik Lukisan, Bilik Biliard, Bilik Pejabat Juruiring (ADC) , Bilik Persalinan Perempuan ( Cloak Room) , Bilik Makam dan bilik-bilik kecil dengan pelbagai fungsi tersendiri.

Juga terdapat Dewan Negara dan Dewan Muzik dan ruang mainan. Selain itu terdapat Balai Nobat, Balai Rong Seri dan Singgahsana.

Acara penting

Di sinilah Sultan-Sultan Perak ditabalkan sejak 1933 . Acara terbaru ialah Perkahwinan Diraja Raja Dr Nazrin Shah pada 17 , 18 dan 19 Mei 2007 .

Rujukan

  • Ulang tahun Ke 40 Perkahwinan Diraja dan Jubli Emas Istana Iskandariah, 1983.


Sunday, April 11, 2010

# Menara Condong , di Teluk Intan


Menara Condong Teluk Intan


Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.

LOKASI:

Menara Jam ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

ANGGARAN KOS:

Tidak diketahui.

TAHUN DIBINA:

1892

ARKITEK:

Tidak diketahui tetapi mengikut rekod “A Hundred Years Of Ceylonese In Malaysia and Singapore” (1867-1967), Mr. S. Sabapathy (Asst. Engineer), P.W.D. Teluk Intan, membantu dalam pembinaan ini.

SENARAI PENDERMA:

  • Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong dan kontraktor Ceylon telah membina dan penderma utama.

  • Dermaan daripada penduduk tempatan untuk membeli Jam Berkunci dari London buatan Firma J.W. Benson – Ludgatehill London.

TUJUAN DIBINA:

Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Jam Condong yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya seperti berikut:

  • Sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran.

  • Sebagai tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau

  • Memperingati jasa pentadbir (Pentadbir British)

  • Sebagai penentu waktu “Time Keeper” dan mercu tanda bandar Teluk Intan.

SEJARAH PEMILIKAN:

Walaupun kontraktor Leong Choon Cheong berusaha membina menara jam ini dahulu, namun tidak dapat dinafikan bahawa pihak British adalah pemilik dan pentadbir ketika itu. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, menara jam ini secara automatis menjadi milik negara dan kini ia dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan pula oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan musuh.

SEJARAH PENGGUNAAN / PENYEWAAN:

  1. 1940 - Pejabat Pengakap di tingkat 2.
  2. 1977 hingga 1992 - Pejabat Cawangan Perancang Keluarga (National Family Planning Board)

DISKRIPSI GAYAPURA:

Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah “Pagoda”. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.

Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah bangunan 8 (Lapan) tingkat; sebenarnya hanya terdapat 3 (Tiga) tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu; terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 (Enam) kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2 (Dua) kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi kegunaannya sebagai tangki air ditingkat 3 (Tiga) yang diperbuat dari kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.

FAKTOR KECONDONGAN:

Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.